PENUTUP



Apa yang hendak dibangkitkan oleh penulis buku iaitu Tamjes B. Kastiran ialah mengkaji bentuk doktrin susunan undang-undang yang ada dengan melihatnya dari pelbagai pespektif dan seterusnya membuat perbandingan. Di sini kita akan membuat satu rumusan terhadap kecacatan yang kita temui jika dibandingkan dengan perspektif yang lain. Dalam buku Doktrin Balasan ini telah menghurai secara meyeluruh hasil kajian penulis tentang perbandingan antara undang-undang Inggeris, Malaysia, India dan Islam.

Kejayaan sesuatu buku bukan sahaja kepadatan isi kandungannya tetapi juga bergantung kepada cara penyampaiannya supaya pembaca dapat betul-betul menghayati apa yang hendak disampaikan. Buku ini telah menepati ciri-ciri ini disamping kualiti bahasa yang dititikberatkan oleh penulis. Kesesuaian bukan sahaja terhad kepada pengamal undang-undang tetapi bagi mereka yang ingin medalami pengetahuan dalam bidang undang-undang khasnya dalam bidang kontrak.


Bahagian Kandungan Utama:

(Sila pilih kandungan yang hendak dibaca)

[ UHW 5090 ] [ PARTIKULAR BUKU ] [ PENGENALAN ] [ SINOPSIS ] [ KOMENTAR ]

[ GLOSARI ] [ PENUTUP ] [ Peribadi Pengulas ]