PENGENALAN
Buku yang ditulis oleh Encik Tamjes bin Kastiran mengenai doktrin balasan telah dikaji dari segi perbandingan antara undang-undang Kontrak Inggeris, Malaysia, India dan Islam. Kajian ini sangat berguna dan boleh menolong para pengamal dan pelajar undang-undang memahami lebih mendalam pentingnya doktrin balasan di dalam undang-undang Inggeris dan bagaimana doktrin ini telah diubahsuaikan apabila India dan Malaysia mempunyai Akta Kontrak sendiri. Perbandingan juga dibuat dengan undang-undang Islam yang lebih menekan unsur-unsur kerelaan dan beberapa syarat yang diletakkan pada balasan tersebut.
Pemilihan buku ini sebagai ulasan adalah atas sebab buku ini merupakan antara buku yang diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia mengenai undang-undang. Tetapi apa yang membezakan buku ini dengan buku undang-undang yang lain ialah penulisannya membincangkan doktrin balasan dari berbagai perspektif iaitu Doktrin balasan dalam undang-undang Inggeris, Malaysia, India dan undang-undang Islam. Dalam penulisan buku ini penulis telah membuat kajian dari berbagai sumber, antara bahan-bahan rujukan beliau meliputi kitab-kitab Hadis, buku-buku undang-undang Inggeris atau Malaysia serta Jurnal Undang-undang. Penulis buku ini telah menghurai dengan jelas konsep balasan sebenar kepada pembaca. Di samping itu, penulis telah mengkritik kecacatan konsep balasan dalam undang-undang Inggeris yang memang wujud berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Segala kutipan yang dibuat jelas tercatat di bawah nota kaki setiap helaian muka surat. Jika timbul kemusykilan, penyataan tersebut dapat dirujuk balik dengan mudah.
Bahagian Kandungan Utama:
(Sila pilih kandungan yang hendak dibaca)
[ UHW 5090 ] [ PARTIKULAR BUKU ] [ PENGENALAN ] [ SINOPSIS ] [ KOMENTAR ]
[ GLOSARI ] [ PENUTUP ] [ Peribadi Pengulas ]