KOMENTAR
Buku ini memberi pandangan doktrin balasan dari beberapa perspektif iaitu undang-undang Inggeris, Malaysia, India dan perspektif dari Islam. Penulis memberi latar belakang yang jelas tentang bagaimana doktrin ini berkembang dalam perundangan Malaysia. Dalam bab 1, penulis telah menghuraikan sejarah perundangan Malaysia dari Zaman Kesultanan Melaka sehingga kedatangan Inggeris Islam ke Tanah Melayu. Selain itu, penulis juga membuat kajian dalam kedudukan Undang-undang Islam sebelum kedatangan Inggeris. Di sini penghuraiannya adalah mantap dan memahamkan, segala yang berkaitan dengan sejarah Undang-undang Kontrak dihuraikan secara berperingkat. Selain itu, penulis juga mecatatkan sejarah perkembangan Doktrin Balasan di England untuk memberi sedikit idea perkembangannya supaya dapat dibandingkan dengan Undang-undang Kontrak Islam.
Di dalam buku ini terdapat nota kaki yang mencatatkan segala kutipan yang diguna. Ini akan
memudahkan pembaca jika timbul sebarang bentuk kemusykilan, di mana bahan-bahan rujukan
tersebut dapat dirujuk balik. Bahan-bahan rujukan yang digunakan meliputi Jurnal-jurnal
undang-undang, buku-buku undang-undang yang berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Al-Quran
serta Hadis. Dalam muka surat yang hampir akhir iaitu dari halaman 137 sehingga halaman
147, penulis menyediakan lampiran untuk senarai ayat-ayat Al-Quran yang digunakan dalam
buku tulisan beliau. Penulis menyenaraikan semua ayat-ayat Al-Quran yang diguna dalam
bentuk tulisan asal walau ayat-ayat ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Beliau
berbuat demikian adalah supaya maksud sebenar ayat-ayat nas-nas dapat dihayati oleh
pembaca-pembaca yang lain.
Dalam buku ini terdapat banyak istilah-istilah undang-undang tertentu yang tidak
ditakrifkan. Oleh itu, pembaca yang bukan datang dari pengamal undang-undang akan
menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan istilah-istilah tersebut. Namun begitu,
tatabahasa yang digunakan dalam buku ini adalah berkualiti dimana bahasa penyampaiannya
adalah senang difahami dan ringkas.
Dalam bahagian depan buku ini terdapat senarai Daftar kes-kes yang digunakan oleh penulis
untuk menerangkan prinsip-prinsip undang-undang Kontrak serta doktrin-doktrin yang ada
hubungkait. Oleh itu, pembaca dapat mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang hendak
disampaikan oleh penulis. Selain itu, penulis juga menyenaraikan segala Daftar Statut dari
Malaysia, India dan England yang digunakan. Di samping itu, sistem transliterasi
huruf-huruf Arab serta daftar huruf-huruf ringkas yang digunakan juga disenaraikan pada
bahagian depan buku. Penulis membuat demikian adalah menyenangkan pembaca.
Dalam setiap bahagian penamat bab, penulis biasanya akan memberikan satu kesimpulan atau
rumusan untuk bab tersebut. Kesimpulan yang disampaikan memberikan idea-idea yang padat
dan ringkas. Penulis membuat demikian adalah sebagai rumusan idea-idea yang hendak
disampaikan, supaya pembaca dapat memahami bab tersebut lebih lanjut. Untuk mengakhiri
segala bab-bab yang telah dibincangkan penulis membuat satu kesimpulan untuk keseluruhan
pembincangan. Penulis telah membuat percubaan untuk memberi segala pandangan beliau serta
menjangkakan masa depan undang-undag yang dikuatkuasakan untuk doktrin balasan dalam
bahagian ini.
Walaupun penulis memberi perbandingan yang jelas dan mengemukakan segala kecacatan yang
wujud antara undang-undang Inggeris, Malaysia, India dan Islam. Tetapi penulis tidak
memberikan pengesyoran untuk membaiki kecacatan-kecatatan ini. Penulis harus memberi satu
panduan untuk pembaca tentang segala alteRnatif yang ada untuk penyelesaian kecacatan
tersebut. Ini adalah kerana penulis adalah lebih arif dalam bidang ini dan telah membuat
segala kajian yang ada sebelum menerbitkan buku ini.
Sebagai akhir kata, buku yang bertajuk Doktrin Balasan ini mempunyai kesesuaian untuk
pengamal-pengamal undang-undang khasnya dalam bidang yang bersangkutpaut dengan kontrak.
Susunan bab-bab buku ini adalah teratur dan dibahagikan kepada tajuk-tajuk kecil untuk
penjelasan lanjut. Namun bagi pembaca yang baru hendak berjinak dengan undang-undang, dia
akan menghadapi istilah yang digunakan. Walaubagaimanapun, buku ini adalah antara yang
terbaik kerana kualiti bahasanya dan bentuk penyampaian yang mudah difahami.
Bahagian Kandungan Utama:
(Sila pilih kandungan yang hendak dibaca)
[ UHW 5090 ] [ PARTIKULAR BUKU ] [ PENGENALAN ] [ SINOPSIS ] [ KOMENTAR ]
[ GLOSARI ] [ PENUTUP ] [ Peribadi Pengulas ]