PARTIKULAR BUKU
Tajuk Buku: Doktrin Balasan ( Undang-undang perbandingan Antara Inggeris, Malaysia, India dan Islam )
Pengarang : Tamjes Kastiran
Penerbit : Unit Pernerbitan Akademik U.T.M
Tempat Cetak: Ampang Press Sdn.Bhd. Selangor, Malaysia.
Cetakan : Cetakan pertama 1990
Tebal : 156 muka surat (tidak termasuk kulit buku)
Latar Belakang Pengarang :
Tamjes B. Kastiran dilahirkan pada tahun 27 April 1943 di Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Tiram buruk, Selangor kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Arab Manba'ul Ulum, Tanjong Karang sehingga mendapat kelulusan 4 Thanawi. Pada tahun 1967 beliau dilantik sebagai Guru Agama Kerajaan Negeri Selangor.
Pada tahun 1977 beliau melanjutkan pengajian di bidang syariah dan undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat Sarjana Muda. Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah pertama(1981), beliau berkhidmat sebagai Penolong Pensyarah 'A' di Jabatan Pendidikan Islam, Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.
Pada tahun 1982 beliau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Falkulti Undang-undang, Universiti Malaya dan memperolehi Sarjana Undang-undang Perbandingan MCL (Comparative Law) Pada tahun 1985.Kini beliau menjawat Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam, Universiti Teknologi Malaysia
Bahagian Kandungan Utama:
(Sila pilih kandungan yang hendak dibaca)
[ UHW 5090 ] [ PARTIKULAR BUKU ] [ PENGENALAN ] [ SINOPSIS ] [ KOMENTAR ]
[ GLOSARI ] [ PENUTUP ] [ Peribadi Pengulas ]